Total Pageviews

suatu perjalanan spiritual I

nota kepala: cerita ini untuk pengajaran sahaja dan untuk menginsafi diri . mintalah izin jika ingin share atau    copy..dan jangan dijadikan buah mulut utk diceritakan sesuka hati...

Assalamualaikum,

   Saya akan melakukan suatu perubahan pada diri saya selepas ini . Akan saya lakukan perubahan ke atas spiritual saya bagi mencari semula diri saya yang telah lama hilang . Saya amat berharap dapat kembali lagi mencari diri saya yang telah hilang itu seperti sewaktu saya di tingkatan 2 . Saya amat ingin mencari kemanisan iman yang telah lama tidak dapat saya kecapi .

   Jika hendak diceritakan saya dahulu bukan lah seorang yang baik_baik orangnya . Sembahyang pun tak pernah . Kalau masuk waktu dan azan berkumandang ia hanya akan lalu sahaja di telinga saya tanpa saya melakukan apa_apa tindakan pun untuk melakukan kewajipan saya iaitu solat . Begitulah kotornya hati saya . Saya mengetahui kepentingan sembahyang akan tetapi hidup saya pada waktu itu terlalu senang . Saya boleh menikmati makanan yang sedap , dapat pelbagai benda , memiliki otak yang cerdas dan pelbagai lagi . Himggakan saya rasa tiada apa yang kurang dalam diri saya . Jika saya tak solat pun saya tetap akan hidup senang .Itulah betapa ceteknya minda saya pada ketika itu . Kalau nak cerita lagi , saya juga seorang yang pandai membaca Al-quran . Akan tetapi akibat daripada tidak pernah solat dan macam_macam kejahatan yang saya lakukan lagi hati saya menjadi hitam . Sehinggakan saya hendak membaca ayat suci Al-quran pun tidak boleh . Maksud saya tidak boleh langsung dan bukan tergagap_gagap lagi . Sejak kecil ibu bapa saya telah menghantar saya ke sekolah agama . Bukan sekolah agama yang biasa tetapi sekolah tahfiz . Bukan calang_calang didikan mereka berikan terhadap saya . Apakan daya iman seseorang itu tidak boleh diwarisi.. Saya tidak memiliki iman yang tebal dan melakukan ibadah . Saya pernah merasa sombong dengan diri saya dengan menyatakan bahawa saya memiliki segala_galanya . Astaghfirullah... Walau saya tidak pernah mencuri atau apa tetapi hati saya memang telah hitam dan kotor pada waktu itu.. Jika hendak cerita tentang kejahatan saya memang takkan habis . Saya mula merasai hati yang tidak tenang . Hati saya mulai gundah gulana . Dengan persekitaran keluarga saya yang tak berapa elok membuatkan saya lagi protes terhadap agama walau dengan pengetahuan yang saya ada . Saya pun tak percayakan tentang perkahwinan dan macam_macam lagi. Pernah juga saya mengkaji agama dengan ilmu yang saya ada akan tetapi akibat kejahilan saya semakin bertambah jauh dengan tuhan . Mungkin ini akibat daripada ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan . Saya meniti zaman kegelapan ini semenjak saya darjah 4 lagi . Dengan tekanan daripada rumah dan macam_macam lagi . Akan tetapi tekanan daripada penyakit saya membuatkan saya semakin jauh denganNYA . Kenapa saya??? .   Soalan ini sudah selalu bermain di fikiran saya . Sudahlah terima keadaan seperti ini (penyakit) ditambah lagi dengan masalah keluarga . WHY IT ALWAYS HAVE TO BE ME !!!!
                                                                                                               bersambung....

0 comments:

Post a Comment